Kenderaan yang disediakan bagi Aktiviti Palapes.

Kemudahan Kenderaan yang Disediakan

Bagi setiap aktiviti Palapes akan disediakan kemudahan kenderaan bagi mengangkut kadet dari kolej ke markas latihan.


Terdapat beberapa jenis kenderaan yang akan disediakan bagi kemudahan pengangkutan.
Bagi latihan2 tempatan yang bertempat di Markas Palapes UKM, kenderaan yang disediakan bagi kemudahan pelajar adalah bas UKM

Perkhidmatan bas juga akan digunakan bagi mengangkut kadet untuk perjalanan yang jauh. Contohnya bagi membawa kadet ke tempat latihan di luar seperti di Mempaga, Pahang dan lain2.

Tetapi bagi sesetengah keadaan yang lebih memerlukan pengangkutan yang berat, biasanya akan disediakan pengangkutan trak 3 tan yang dibawa dari markas sendiri.


Trak 3 tan

Bagi membawa peralatan dan keperluan latihan juga akan dibawa menggunakan trak 3 tan atau Land Rover yang terdapat di markas.

Land Rover

Bagi makluman pelajar pengangkutan yang disediakan untuk latihan adalah percuma. Apa yang menjadi bayaran bagi para kadet hanyalah ketepatan masa, iaitu para kadet mesti berada tepat pada waktunya untuk diangkut.