Misi dan Visi

Misi

Meningkatkan kualiti pegawai kadet PALAPES UKM serta meningkatkan kualiti latihan Sumber Manusia, Bahan Pengajian dan Perkhidmatan Markas PALAPES UKM

Visi

Menjadikan PALAPES UKM sebuah pasukan yang melatih dan melahirkan Pegawai Muda Askar Wataniah yang cekap dan kompeten.


Menjadikan sebuah pasukan yang efisien dan efektif dengan menambahbaik setiap anggota komited untuk meningkatkan kualiti.


Menjadikan sebuah pasukan yang unggul untuk mencapai kualiti menyeluruh dalam aspek latihan, pentadbiran dan logistik.


Melahirkan budaya kerja dimana semua peringkat anggota bertanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang berkualiti, berproduktif, inovatif dan kreatif di dalam bidang tugas utama dan sekunder dengan cemerlang serta mewujudkan perhubungan yang rapat dengan pihak Universiti dalam proses untuk menjalinkan kerjasama demi segala urusan berkaitan latihan dan pentadbiran kadet.




Objektif

Objektif PALAPES UKM adalah seperti berikut :

  • Melatih pelajar – pelajar IPTA dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisiplin dan bersemangat waja.

  • Menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan IPTA untuk Angkatan Tetap dan Angkatan Simpanan ATM.

  • Menyiapkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan pertahanan negara dan ketahanan nasional.


PERANAN


Peranan utama PALAPES UKM adalah seperti berikut :

  • Menghasilkan pegawai – pegawai muda yang berkelayakan untuk diambil berkhidmat dalam Angkatan Tetap dan Angkatan Simpanan ATM apabila diperlukan.

  • Menyediakan mahasiswa – mahasiswa IPTA sebagai pegawai dalam Askar Wataniah di samping menyumbang kepada negara dengan membekalkan pemimpin – pemimpin yang berilmu tinggi serta peka kepada keperluan pertahanan negara.

  • Membantu mendekatkan lagi ATM pada Masyarakat Kampus khasnya masyarakat umum amnya.