Kelebihan sebagai seorang Kadet PALAPES

Kelebihan Kadet PALAPES


Salam pembuka bicara..



Umum mengetahui akan kelebihan mendaftar dalam unit beruniform di universiti. Dengan penyertaan anda dalam PALAPES, anda telah membuat keputusan yang tepat sebagai seorang pelajar dan rakyat yang bertanggungjawab.

Walaupun terdapat beberapa unit beruniform di UKM, saya yakin akan kredibiliti yang dibawa PALAPES sebagai unit uniform terbaik bagi seorang pelajar.

Soalnya kini, mengapa PALAPES adalah pilihan terbaik anda?

Ia berbalik pada diri anda sendiri, soal diri anda.. Apa yang kalian mahukan dari 3 atau 4 tahun belajar di UKM?
Segulung ijazah? 
Itu sahaja? 
Atau..
Sebuah pengalaman hidup yang tidak akan anda lupakan, dan pengalaman hidup yang menyediakan diri anda untuk masa akan datang. Sebuah pengajaran hidup yang akan anda hargai setelah anda menerima segulung ijazah.

Berbalik pada soal mengapa PALAPES merupakan unit uniform terbaik di universiti.
Ini mungkin akan terjawab sekiranya anda menyertai pasukan ini.
Kerana anda akan didoktrinasikan dengan gaya hidup berpasukan. Itu yang paling ditekankan dalam bekerja, baik di peringkat universiti, mahupun di peringkat pekerjaan. Faktor ini yang menjadi sebab dan musabab akan kredibiliti PALAPES dalam menggalas tanggungjawab sebagai terbaik dalam kalangan yang terbaik. 

Terlalu banyak dapatan yang akan anda peroleh dari pasukan ini. Dari segi ilmu interpersonal yang akan terajar secara semulajadi dalam pasukan ini hingga ke ilmu ketenteraan dan juga ilmu kehidupan.


Jadi buat penulisan kali ini, saya akan fokuskan dari segi akademik dan sebagai pelajar, ilmu dan ilmu ketenteraan.

Baiklah, dari segi akademik, PALAPES merupakan badan unit uniform yang menjadi pilihan terbaik bagi seorang pelajar. Apa yang paling jelas ialah penyertaan anda dalam pasukan ini akan menjamin 8 JAM kredit. Pada tahap awalnya, anda mungkin akan kurang jelas akan mengapa ini menjadi suatu kelebihan. Tetapi.. Percayalah anda akan memahami akan betapa besarnya 8 jam kredit itu setelah sekurang2nya satu semester telah tamat. Pada tahap itu, mungkin sudah terlalu lewat untuk anda membuat keputusan. Oleh itu, inilah masanya bagi anda membuat keputusan yang betul. 
Dari segi teknikalnya akan mengapa ini suatu kelebihan, ialah kerana dengan mendaftar dalam pasukan ini anda akan dikecualikan dari beberapa subjek2 utama. Anda akan memahami kepentingan ini setelah anda satu semester dalam hidup kampus. Pengecualian ini akan memberi anda lebih banyak masa untuk menghabiskan jam kredit yang ditetapkan sebagai syarat graduasi.

Dalam kata mudahnya.. Dengan mendaftar sebagai PALAPES, anda akan diringankan beban dari subjek yang akan turun bagai hujan lebat di musim monsoon di Malaysia. 

Dari segi pelajar pula, penginapan anda akan terjamin. Ini memainkan peranan penting sekiranya anda berhasrat untuk terus mendiami dalam kolej di UKM, kerana fenomena buang kolej akan melanda pelajar setelah tamat tahun 1, hatta dalam semester 1 tahun 1 juga telah ada yang ditukar kolej. Dengan menyertai PALAPES anda akan dijamin kolej kediaman sepanjang pengajian. Itu sahaja sudah cukup untuk menjustifikasi pilihan anda untuk menyertai PALAPES sebagai cara untuk menjimat kos pengajian anda, kerana dengan peningkatan kos sara hidup, hidup di luar kampus di rumah sewa akan menjadi beban besar terhadap 'poket' anda dan pastinya ibubapa anda.

Itu sahaja dari segi akademik dan sebagai pelajar.