PALAPES UKM 

Selamat datang ke blog PALAPES UKM

We welcome YOU

Pengenalan 

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau juga dikenali dengan singkatan PALAPES yang dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mahasiswa dan mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri yang mampu mempertahankan kepentingan negara. 
Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan, di mana latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. 
Selain daripada itu, latihan lanjutan dan latihan intensif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama 3 minggu. 
Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 12 buah IPTA.

Latihan yang menyeluruh menjamin kualiti kadet