Aktiviti yang dijalankan sepanjang bersama PALAPES

Aktiviti Utama PALAPES


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya akan kongsikan bersama, akan apa aktiviti2 yang akan dijalankan sekiranya anda memilih untuk mendaftarkan diri sebagai pegawai kadet.

Sebagai pemula bicara, ingin saya ketengahkan bahawa pilihan anda untuk mendaftar sebagai pegawai kadet ini akan menjadi sebuah keputusan yang sangat tepat, dan percayalah akan anda mendapati bahawa menjadi pegawai kadet adalah sebuah pengalaman yang tidak akan anda lupakan.

Baiklah, secara umumnya PALAPES terdiri daripada tiga peringkat.

Pertama ialah peringkat JUNIOR.

Kedua adalah peringkat INTERMEDIATE.

Ketiga adalah peringkat SENIOR.

Setiap peringkat akan menjalani latihan mengikut keperluan peringkat masing2.

Sepanjang latihan akan ada aktiviti2 yang menarik yang akan ditempuh.


Latihan Menembak di PULADA

Antaranya ialah, latihan menembak di PULADA. Iaitu pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram, Johor. 
Kadet peringkat Junior siri 36

Penembak terbaik siri 36

Khemah Tahunan

Seterusnya khemah tahunan yang akan dijalankan sepanjang anda bersama PALAPES.
Latihan yang dijalankan adalah berbeza mengikut peringkat. Bagi peringkat JUNIOR anda akan dilatih dengan ilmu-ilmu perang menentang insurgen atau dikenali sebagai CIW iaitu Counter Insurgency Warfare. 

Lokasinya terbahagi kepada dua, kerana akan ada dua kumpulan yang berasingan. Satu di HPA (Hutan Pendidikan Alam), UKM 
Satu lagi di hutan di Mempaga, Pahang.

HPA, UKM

HPA, UKM

Mempaga, Pahang

Selain dua aktiviti yang dijalankan di atas, juga terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang anda bersama PALAPES. 
Terdapat juga aktiviti yang tertentu bagi setiap peringkat. Aktiviti yang hanya akan dijalankan ketika peringkat masing2. 

Antaranya ialah :

Happy Hour 

Cocktail Hour

Mess night 

Abseiling

Aktiviti Air 

Map Orienteering

terdapat banyak lagi aktiviti2 sampingan bagi setiap peringkat.